Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok
basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung
dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut
oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini
mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan
paru-paru dan telinga.
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan
disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan
mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin
menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada
mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan
untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
Anak-anak anda
begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
Mengenangkan
mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
Jagalah mereka,
sayangi mereka.
Berikan anak-anak
anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
Pastikan kesihatan
mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
Berhentilah
meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
Rokok mengandungi
berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok
menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin
menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu
nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma
anda akan terganggu.
Kemampuan
menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
Hubungan seks
adalah penting dalam kehidupan kita.
Ia membantu anda
menikmati perkahwinan yang indah.
Selamatkan diri
anda dari mati pucuk
Jangan biarkan
diri anda menjadi mangsa nikotin.
Bertindak bijak,
jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang
suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan
keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan
tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.
Merokok Mengakibatkan Strok
Bahan kimia yang
dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok
menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di
Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang
disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur
darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi
sukar.
Strok disebabkan
oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan
anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
Merokok
menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
Kurangkan risiko
anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan
diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
Bantulah diri
anda.
Amalkan cara hidup
sihat.
Jangan merokok.
Berhenti Merokok
Jangan merokok.
Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
Lakukan aktiviti
sihat seperti bersukan dan berhobi.
Hidup akan lebih
bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
Luahkannya dengan
cara positif.
Bergiat aktif.
Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari
golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi
penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit
jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda
Merokok
menambahkan risiko serangan sakit jantung.
Kurangkan risiko
anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan
asap rokok membunuh anda.
Jauhilah diri dari
asap rokok basi.
Belajarlah
menyayangi jantung anda.
Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
50% dari golongan
lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur,
nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari
golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur
15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi
perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap
rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok
akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia
membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan
53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko
penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap
dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda
mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
Setiap sedutan
membawa padah.
Kenapa harus
meracuni diri?
Jangan biarkan
asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamatkan diri
dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak,
jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih
sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru.
Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi
hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada
keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah
untuk anak-anak anda.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap
rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
Metanol Bahan
Api
Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap
kereta
Butana Cecair pemetik
api
Raksa Logam dalam
jangka suhu
Vinil Klorida Bahan
utama plastik
Toulena Pelarut
industri
Ammonia Pencuci
lantai
Arsenik Racun
tikus
Kadmium Bahan
utama bateri alkali
Stearik Bahan utama
dalam lilin
Sianida Racun berbisa
0 komentar:
Posting Komentar